Kata Ganti Nama


  1. Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan nama orang atau benda.

  2. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:
    (a) Ganti Nama Diri
    (b) Ganti Nama Diri Singkat
    (c) Ganti Nama Umum
    (d) Ganti Nama Tanya
    (e) Ganti Nama Tak Tentu
    (f) Ganti Nama Tempat
    (g) Ganti Nama Tunjuk

    Kata Ganti Nama Diri
  1. Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang.

  2. Ada tiga jenis kata ganti nama diri, iaitu:
    (i) Ganti nama diri pertama
    (ii)Ganti nama diri kedua
    (iii)Ganti nama diri ketiga



    Kata Ganti Nama Diri Pertama
  1. Kata ganti nama diri pertama ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang sedang bercakap.

  2. Kata ganti nama diri pertama boleh membawa maksud tunggal (satu) atau jamak ( lebih daripada satu ).

  3. Berikut adalah contoh penggunaannya.
    (a) Aku tidak takut dengan ugutanmu.(tunggal)
    (b) "Sudah lama kami menunggu awak," kata Leni dan Ina kepada Hashim.(jamak)


    Kata Ganti Nama Diri Kedua
  1. Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang sedang dilawan bercakap.

  2. Kata ganti nama diri kedua juga terbahagi kepada jamak dan tunggal.

  3. Contoh

  4. (a) Awak misti hadir di perjumpaan tersebut.
    (b) "Kamu memang pandai menyanyi,"kata Nabil kepada Amir.
    (c) "Kalian harus menunjukkan sikap yang baik,"kata ketua kampung kepada anak buahnya.


    Kata Ganti Nama Diri Ketiga
  1. Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada diri orang ketiga ketika becakap atau orang yang sedang diperkatakan.

  2. Contoh

  3. (a) Walaupun Sani telah kehilangan ibu bapanya namun dia tidak mengharapkan simpati.
    (b) Mereka sedang berbual-bual di bawah pohon rambutan.
    Klik di sini untuk menjawab soalan e-latihan.

Baca Lagi “Kata Ganti Nama”  »»

Penjodoh Bilangan

Klik di sini untuk menjawab soalan e-latihan. Baca Lagi “Penjodoh Bilangan”  »»

Kata Nama Terbitan


  1. Kata nama terbitan ialah kata nama yang diberi imbuhan.

  2. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan:

  3. (a) di awal kata,seperti ke-, pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, per-, .
    Contohnya :ketua, pelawak, pemburu, pendaki, pengapit, pengebom, pertapa dan sebagainya.
    (b) di akhir kata, seperti -an, -man, -wan, -wati, -ita.
    Contohnya: bungkusan, budiman, bangsawan, seniwati, dan biduanita.

    (c) di awal dan diakhir kata(apitan), seperti ke....an, pe....an, pem....an, penge...an, per....an.
    Contohnya: kemahuan, perasmian, pemberian, pendidikan, penghasilan, pengeboman, dan pertanian.
    Klik di sini untuk menjawab soalan e-latihan.
Baca Lagi “Kata Nama Terbitan”  »»

Selamat Tahun Baru 2010

Sudah tiga hari berlalu kita menyambut Tahun Baru 2010. Dikesempatan
ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru buat pengunjung blog ini
dan semoga kedatangan Tahun Baru ini akan membuka lebih banyak
lagi peluang dan harapan baru untuk kita mencapai kejayaan - Amin!

Hari ini 3 Januari 2010 bermulalah hari pertama persekolahan di Terengganu dan negeri-negeri lain dengan itu juga bermulalah projek saya seperti mana tajuk di atas.

Nota pertama pada kali ini ialah
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas


  1. Kata nama am ialah kata yang amnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda, manusia, binatang, tempat, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya.

  2. Huruf pertama pada setiapa kata nama am ditulis dengan huruf kecil.

  3. Contoh kata nama am ialah radio, guru, polis, orang utan, taman, dan pokok.

  4. Kata nama khas ialah kata khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda, manusia, binatang, tempat, judul, bangunan, dan sebagainya.

  5. Huruf pertama pada kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

  6. Contah kata nama khas ialah Si Tompok, Terengganu, Tasik Dayang Bunting dan Bandaraya Kuala Lumpur.

Klik di sini untuk menjawab soalan e-latihan
Baca Lagi “Selamat Tahun Baru 2010”  »»

 

Apa kata rakan-rakan