Blog nak dijadikan kursus baru di ipt....

Baru-baru ini kita ada terbaca,yang menyatakan bahawa....Naib Canselor UiTM Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu Shah Isnin lalu berkata kepada media,

Baru-bari ini memang ada blogging studies dalam kurikulum kita dan kita akan perkukuhkannya lagi (dengan perkenalkan kursus mengenai penulisan blog). Saya rasa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bersedia untuk menjalankan kursus ini dan saya menyokong sepenuhnya cadangan ini kerana sudah sampai masanya kita membantu melahirkan blogger yang profesional dan beretika.

Kita tak pasti penyataan di atas adalah satu cadangan yang akan menjadi kenyataan atau sekadar cadangan,sama-samalah kita lihat nanti.
Pada sautu ketika dulu tak terfikir yang kita ini nak jadi penulis blog entah apa-apa hehe..Apa pun mungkin orang seperti kita ini tak layak kot untuk mengikuti kursus yang ditawarkan..tapi tak mengapalah.

Selepas 500,000 blog wujud di’Malaysia, kini IPT mahu mewujudkan satu kursus khas untuk mereka yang berminat untuk menjadi penulis blog ‘professional & beretika’. Apa sebenarnya definisi ‘professional & beretika ini'?

Apa kata rakan-rakan sekalian....?

Comments :

2 comments to “Blog nak dijadikan kursus baru di ipt....”
Bulan Penuh 2012 berkata...
on 

Salam ziarah,

Bulan Penuh 2012

grow2g3th3r berkata...
on 

salam... masa saya belajar kat uitm hari tu memang ada dengar usul mengenai perkara ini...

salam kenal...

 

Apa kata rakan-rakan